Benarkah Mereka Yang Suka Tampal Sticker Kereta Pemandu Agresif?

iluminasi agresif pemanduan sticker decal spoiler3

Dalam satu kajian psikologi yang diterbitkan pada tahun 2008 oleh Bahagian Psikologi, Colorado State University, individu yang mempunyai habit memandu yang merbahaya dan agresif boleh dikenali dengan satu tabiat yang majoritinya sama.

Mereka gemar menghias bahagian luaran kereta mereka dengan bahan-bahan seperti pelekat kereta atau papan nombor plet yang berlainan.

Kajian itu mendapati pemandu yang gemar membezakan kenderaan mereka dengan hiasan sendiri sebenarnya mempunyai tabiat seolah menandakan hak milik mereka dan secara tidak sedar memberikan amaran kepada pemandu-pemandu lain supaya tidak menganggu ruangan mereka di atas jalan.

Kesimpulan sama diperolehi tak kiralah apa saja jenis kenderaan yang dipandu, sama ada kereta sedan, van, kereta mini atau MPV. Dilaporkan, semakin banyak pelekat kereta ditampal di atas badan kenderaan, semakin mudah baran perangai pemandu tersebut ketika di atas jalan.

iluminasi agresif pemanduan sticker decal spoiler2

Penjelasan mereka, apabila seseorang itu meletakkan penanda kepada kawasan mereka seperti penggunaan pelekat kereta, ia akan meningkatkan kadar menggunakan kenderaan sebagai satu bentuk melepaskan kemarahan.

Beratus peserta berumur di antara 17 hingga 43 tahun diselidik dalam cara menangani situasi ketika memandu serta kadar penambahan yang dilakukan ke atas kenderaan mereka.

iluminasi agresif pemanduan sticker decal spoiler

Menurut kajian yang dilakukan, pemandu yang menampal kenderaan mereka dengan pelekat merasa lebih dekat dengan kenderaan mereka jadi sebarang bentuk gangguan akan diambil secara lebih peribadi, yang memungkinkan berlakunya insiden di atas jalan raya.

Nasihat yang mampu mereka berikan adalah jika nampak kereta yang mempunyai pelekat di badan kereta, lebihkan jarak kenderaan anda dengan mereka.


Walaupun begitu, kami perlu beritahu, bukan semua orang yang menampal pelekat di badan kereta akan bertindak agresif ketika memandu. Kajian ini hanya membuktikan, wujud kecenderungan lebih tinggi untuk pemandu yang suka tampal sticker di kereta mereka untuk bertindak agresif, menurut dapatan kajian.

Rujukan
journal Applied Social Psychology

Scotsman Scotland National Newspaper


★彡 Like dan Share jika anda suka! 彡★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...