"Ini Bukan Lakonan, Ini Realiti" - Fathia Latiff Ajak Orang Ramai Tonton....

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 11 Sep 2019 18:00:15

Kamaruddin Razal
Hiburan

Pelakon jelita, Fathia Latiff menyifatkan dokumentari 'M for Malaysia' sebagai salah satu medium untuk orang ramai mengetahui tentang sejarah yang terjadi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Menghadiri malam gala dokumentari itu yang diadakan pada Selasa lalu, Fathia merasakan dokumentari ini wajib ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

"Dokumentari ini banyak nilai murni. Ia juga merupakan satu informasi yang menarik untuk rakyat Malaysia belajar mengenai sejarah yang tercipta pada PRU lalu.

"Saya rasakan semua orang wajib menonton 'M for Malaysia' kerana ia memberikan satu semangat baru untuk anda," katanya.

Fathia juga menegaskan dokumentari ini bukanlah hanya lakonan kerana ia memaparkan perkara realiti yang terjadi sekitar PRU 14 lalu.

"Ini bukan lakonan, ini realiti. Bukan sahaja pengetahun, kita dapat belajar mengenai apa yang terjadi dalam nuansa politik dan kita juga dapat belajar mengenai negara kita," katanya lagi.
 


Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, 'M for Malaysia' akan ditayangkan secara eksklusif bermula hari ini, 12 sehingga 15 September di pawagam terpilih seluruh Malaysia.

'M for Malaysia' merupakan sebuah dokumentari yang menceritakan mengenai titik tolak yang mengubah negara kita dan ia menampilkan dokumentasi mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang menyaksikan rakyat Malaysia memilih untuk tidak lagi bersama kerajaan yang telah memerintah selama 61 tahun.

Pastinya ramai yang tidak mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku menerusi sudut pandang Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad (Tun M) sepanjang kempen PRU 14.

Karya ini memberikan sesuatu yang berbeza dan belum pernah diketahui mengenai perjuangan Tun M dengan Pakatan Harapan.

Diarahkan oleh Dian Lee dan Ineza Roussille, dokumentari yang menampilkan Datin Paduka Marina Mahathir sebagai Penerbit Eksekutif dan pemenang Oscar, Ruby Yang selaku Penerbit Kreatif ini mengisahkan mengenai perjuangan Tun M dalam misi untuk menewaskan kerajaan yang memerintah Malaysia semenjak kemerdekaan selama 61 tahun.

Sebelum ini, 'M for Malaysia' pernah ditayangkan di CAAM Festival 2019 di San Francisco dan DocEdge Film Festival 2019 di New Zealand serta akan ditayangkan di Busan International Film Festival (BIFF) yang berlangsung pada Oktober ini.

Jangan lupa untuk saksikan dokumentari 'M for Malaysia' yang akan ditayangkan secara eksklusif bermula 12 sehingga 15 September di pawagam terpilih seluruh Malaysia.

Klik di SINI untuk menyemak senarai pawagam.

Untuk lebih informasi, layari laman web rasmi 'M for Malaysia' di https://www.mformalaysia.com/.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts