Cuba larikan diri, suspek kedua samun dan rogol di pusat judi mati jatuh bangunan

SEORANG lagi suspek yang diburu susulan laporan polis yang dibuat oleh wanita warga Indonesia yang merupakan mangsa rogol dan samun di pusat judi Rabu lalu, ditemui mati selepas terjatuh bangunan ketika polis melakukan serbuan di sebuah umah PPR semalam.

Ketika kejadian sekitar jam 10.10 malam, sepasukan polis dari dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang menyerbu sebuah unit PPR Semarak di Setapak sebelum suspek cuba melarikan diri melalui bahagian dapur.

Menurut asisten komisioner Mohamad Aminuddin Megat Alias dipetik sebagai berkata ketika tiba di unit tersebut, mereka mengetuk pintu beberapa kali sambil mengenalkan diri namun penghuni rumah tersebut enggan membuka pintu.

Polis terpaksa memecah pintu masuk ke rumah itu dan memotong kunci mangga sebelum mendapati terdapat seorang lelaki dan seorang wanita berada di ruang tamu.



Polis kemudian terdengar bunyi bising di bahagian dapur dan melihat suspek sedang cuba melarikan diri bergayut di bahagian luar dapur.

Pihak polis cuba memujuknya untuk masuk ke dalam dan menyerah diri namun suspek enggan berbuat demikian sebelum terjatuh dari tingkat 12.

Pihak polis meluru mendapatkan suspek dan mendapati suspek masih bernafas dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia ketika tiba di sana.

Suspek pertama yang berusia 26 tahun ditahan di rumah sewanya di Kuala Selangor pada Ahad lalu selepas polis menerima laporam mengenai kejadian rogol berkenaan dari pemilik premis berkenaan.

Terdahulu tular di laman sosial satu rakaman CCTV tentang kejadian samun dan rogol di sebuah pusat judi di Bandar Kinrara yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Seorang lagi mangsa samun kedai itu yang merupakan seorang warga Bangladesh juga turut telah membuat laporan polis. — EdisiRakyat.com, 20 Mei 2017

★彡 Like dan Share jika anda suka! 彡★

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...