by Oh! Semput
Persandingan Zarina Anjoulie dan pasangannya, Eliyas Azhar semalam pastinya membuatkan ramai warganet jatuh hati. Busana cantik dan sopan berwarna soft pink itu kelihatan sangat cocok dengan pasangan tersebut.
Sejak hari pernikahan mereka lagi, keluarga Eliyas Azhar telah mendapat perhatian media kerana terlihat ‘Islamik’ dan menerima Anju sebagai menantu dengan baik.
Dari foto-foto pernikahan dan persandingan mereka, keluarga Eliyas atau Yas sangat terbuka dengan Anju walaupun artis tersebut tidak pernah sepi dengan kontroversi ketika berada dalam dunia seni sebelum ini.
Hal ini pastinya membuatkan netizen memuji sikap terbuka yang ditunjukkan oleh mereka semua dan membuatkan hubungan kekeluargaan tersebut terlihat sangat harmoni.
Rata-rata mereka juga mendoakan agar selebriti tersebut terus memperoleh kebahagiaan dan mendoakan ikatan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke Jannah.
Terdahulu, Zarina Anjoulie dan Eliyas Azhar telah sah bergelar suami isteri pada 17 Julai lalu apabila bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban.
Zarina yang sebelum ini bergelar ibu tunggal telahpun mempunyai seorang anak lelaku hasil perkahwinan sebelum ini yang bernama Martin Ezra Mikael berusia 4 tahun.