Saya Dan Fattah Belum Sedia Timang Cahaya Mata Dalam Waktu Terdekat – Fazura

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 07 Dec 2017 10:01:59

Setiap pasangan selebriti yang berkahwin pasti tidak akan terlepas dengan soalan tentang cahaya mata apatah lagi jika mereka adalah pasangan popular seperti Fazura dan Fattah Amin. Sejujurnya, Fazura memberitahu beliau dan suami belum bersedia untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat kerana masih sibuk dengan jadual kerja masing-masing.

Walaubagaimanapun, Fazura tidak menolak ketentuan takdir sekiranya beliau diberikan rezeki lebih awal untuk bergelar ibu.

Saya tahu jawapan yang saya berikan agak klise iaitu kami tidak menolak rezeki yang Allah tentukan. Cuma buat masa sekarang, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun biarlah kami habiskan masa bersama dulu.

Difahamkan, Fazura dan Fattah bakal terbang ke United Kingdom pada musim bunga dan menikmati percutian bulan madu mereka di beberapa buah negara Eropah yang lain tidak lama lagi. Fazura turut memberitahu mereka merencana untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada bulan Mac ataupun April tahun depan.

Berita : Utusan Online

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts