“Hanna dah lama berkawan dengan ‘benda’ tu…” – Wanita trauma diganggu patung berhantu

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 14 Aug 2019 05:03:42

Pada sesiapa yang meminati filem seram, pasti ada yang telah menonton filem Chucky dan Annabelle, iaitu kisah patung berhantu yang dikaitkan dengan kuasa mistik.

Namun, bukan hanya dalam filem, seorang wanita baru-baru ini telah menceritakan sendiri pengalamannya berdepan dengan gangguan disebabkan patung ‘berhantu’.

Menerusi perkongsian di Facebook, dengan nama akaun Puan Muda Nina Dyssabell, kisah bermula apabila ketika bercuti di Sarawak, dia membelikan sebuah patung mirip budak perempuan untuk anaknya bernama Hanna.

Nak dijadikan cerita, Hanna sangat sayangkan patung berkenaan dan tanpa disedari rupanya anak perempuannya itu tidak hanya berkawan dengan patung, tetapi berkawan dengan ‘penghuni’ yang menumpang pada patung tersebut.

alt

alt

Lebih menyeramkan lagi, wanita tersebut mendakwa telah menerima pelbagai gangguan mistik, sehingga setiap malam dia tidak dapat tidur kerana merasakan bagai ada sesuatu yang sedang memerhatikannya.

alt

alt

Tidak tahan lagi diganggu, wanita berkenaan telah meminta bantuan seorang ustaz iaitu pengamal perubatan Islam yang mengesahkan memang ada ‘benda’ yang mengikutnya.

alt

alt

Rata-rata netizen yang membaca kisah tersebut, turut sama berasa seram. Malah, ada yang sempat berkongsi mengenai pengalaman seram mereka.

alt

alt

alt

alt

Buat sesetengah orang, mungkin kisah ini dianggap sebagai mengarut dan tahyul. Namun, tidak mustahil ia benar-benar berlaku, kerana ada makhluk lain yang diciptakan Allah, dimana tidak dapat kita lihat dengan mata kasar.

: Puan Muda Nina Dyssabell

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts