“Harap Kerajaan Bantu Artis Yang Selama Ini Banyak Bantu Negara”

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 26 Mar 2020 14:00:06

Umum mengetahui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April ini. Perkara itu mendapat perhatian Black Hanifah yang mengatakan lanjutan tempoh tersebut turut menjejaskan ‘periuk nasi’ penggiat seni tempatan.

Susulan itu, Black berharap agar pihak kerajaan tidak meminggirkan golongan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberikan bantuan khusus supaya dapat mengurangkan beban dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh kuarantin.

BACA: Black Hanifah Nasihat Haneesya Hanee Jangan Cepat Melatah

“Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.

“Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.

“Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan,” katanya kepada BH Online.

Black berkata dia meluahkan rasa syukur kerana masih mempunyai simpanan dan perbelanjaan bulanan tidaklah terbeban sepanjang tempoh PKP.

Dalam pada itu, Black yang bercadang menyambut Ramadan dan Syawal di Langkawi, Kedah, terpaksa membatalkan hasrat itu berikutan PKP.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts