Instagram Sedang Membangunkan Ciri Permesejan “Direct” Pada Versi Desktop

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 10 Oct 2019 04:05:24

Instagram sedia menawarkan perkhidmatan mereka untuk diakses melalui desktop – sekaligus memudahkan pengguna untuk mengikuti kemaskini rakan-rakan ketika menggunakan komputer.

Walaubagaimanapun, ciri yang ditawarkan adalah agak terhad, dimana anda boleh hanya melihat perkongsian terkini, dan meninggalkan komen sahaja.

Bergerak kehadapan, Instagram dilihat akan mengintegrasikan beberapa ciri baru pada versi desktop mereka. Melalui penemuan kod baru, ia dilihat Instagram bakal mengintegrasikan sokongan permesejan “Direct” pada versi desktop mereka.

Ini sekaligus akan terus memudahkan anda kekal berhubung dengan rakan-rakan di Instagram, dan tidak perlu bergantung ketika berada bersama peranti mudah-alih sahaja.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan sepenuhnya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts