Johor buka tarikan pelancong terbaru tahun depan, dipanggil B5 Johor Street Market

by Oh! Semput


7
SHARES
94
VIEWS
Posted on 13 Jan 2018 21:00:26

JOHOR BAHRU: Johor bakal mempunyai daya tarikan baru bagi para pengunjung dengan pembangunan sebuah pusat pelancongan komersil baru yang digelar B5 Johor Street Market di Tampoi.

Pusat tersebut akan memudahkan pelancong mendapatkan produk tempatan selain melihat persembahan seni dan warisan Johor.

Demikian diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut berkata bahawa bangunan yang akan didirikan di tapak seluas 2.35 hektar itu bernilai RM80.47 juta (S$27 juta) dan dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

"Pembangunan terbaru Johor Corporation (JCorp) ini terletak di Pekan Tampoi yang merupakan sebuah bandar kecil dan tempat kunjungan popular bagi orang ramai pada awal 80-an dan 90-an," kata Datuk Seri Mohamed Khaled di pelancaran pusat itu hari ini (13 Jan).

Beliau berkata bahawa reka bentuk B5 Johor Street Market bersifat reka bentuk tradisional Melayu Johor dan juga trend-trend terkini. Ia menampung lima unsur iaitu sebuah bazar runcit, taman, trak makan, gerai makanan dan minuman serta sebuah hab pameran kebudayaan Johor.

Dengan kelima-lima unsur itu, B5 Johor Street Market disasarkan untuk menarik lebih ramai lagi pengendali lawatan tempatan, peminat seni, orang muda dan pengendali gerai makan untuk beroperasi di bawah satu bumbung.

Seiring dengan itu, pusat tersebut juga menawarkan 168 ruang runcit dan mampu menjana peluang pekerjaan bagi 1,000 penduduk tempatan.

"Jika kita berkunjung ke sesuatu  destinasi, pastinya kita akan mencari dan membeli barang tempatan di sana. Tidak lengkap jika kita berkunjung ke Kelantan dan Terengganu tanpa membeli keropok lekor, batik dan budu.

"Tidak lengkap ke Sarawak jika tidak membeli ikan terubuk masin dan kek lapisnya. Jadi, bertitik tolak dari pemerhatian ini, kita (Johor) mahu mengangkat B5 Johor Street Market ini. Kita mahu ia menjadi pusat produk tempatan dipasarkan," kata Menteri Besar Johor itu.

Pembinaan B5 Johor Street Market, kata beliau, merupakan idea baik untuk dilaksanakan sekali gus membidas dakwaan kononnya agenda pembangunan Johor hanya mementingkan projek-projek mega sedangkan fokus kerajaan negeri adalah untuk melihat lebih ramai rakyat berniaga. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts