Kajian: Rakyat Malaysia perlu sebulan gaji beli iPhone baharu

by Oh! Semput


1
SHARES
16
VIEWS
Posted on 11 Sep 2019 18:01:52

iPhone 11 (kiri) dan iPhone 11 Pro dipamerkan kepada orang ramai semalam. ― Foto AFP
iPhone 11 (kiri) dan iPhone 11 Pro dipamerkan kepada orang ramai semalam. ― Foto AFP

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Purata rakyat Malaysia memerlukan sebulan gaji bagi membeli iPhone 11 Pro yang dilancarkan baru-baru ini.

Telefon berharga RM4,899 dengan kapasiti 64GB bagaimanapun mampu dibeli warga Singapura dengan gaji lapan hari bekerja, menurut Picodi hari ini.

Firma e-dagang dalam kaji selidiknya mendapati 4.8 hari memadai bagi warga Switzerland membeli telefon berkenaan diikuti Amerika Syarikat 5.8 hari.

Mexico berada di kedudukan paling bawah apabila purata rakyatnya perlu bekerja 54.2 hari diikuti Montenegro (48.5 hari), Rusia (47 hari) dan Hungary (35.1 hari).

Gaji purata rakyat Malaysia sebulan ialah RM3,421.96 menurut statistik yang dikeluarkan baru-baru ini.

Baca seterusnya di Malay Mail.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts