Beri Kelainan Raya Tahun Ini Dengan Menjemput 3 Artis Popular ‘Datang’ Beraya Ke Rumah Anda

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 23 May 2020 16:02:23

Walaupun raya tahun ini sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelum, namun tiada apa yang boleh menghalang kita daripada meraikan dan merasai kemeriahan perayaan Aidilfitri selepas sebulan menjalani ibadah puasa.

Memandangkan anda tak boleh balik kampung atau adakan perjumpaan tahunan bersama kawan dan keluarga, tapi jangan terus biarkan mood raya kita terus pudar…

Justeru, tahun ini Susu Goodday mahu anda rasai Aidilfitri yang sebenar dengan Selamat Seleb-raya oleh Susu Goodday bagi menceriakan anda yang berada di rumah, tak boleh bergerak dan menziarah kawan serta saudara.

Susu Goodday bekerjasama dengan 3 selebriti popular iaitu Elfira Loy, Mark Adam dan Andi Bernadee untuk ‘melawat’ dan menceriakan setiap rumah rakyat Malaysia raya kali ini dengan bersama anda secara virtual dan lebih selamat.

Anda boleh jalan-jalan dengan selebriti pilihan, ambil gambar dan mereka siap boleh nyanyi serta ucap ‘Selamat Hari Raya’ daripada smartphone. Malah, anda tak perlu download apa-apa aplikasi, cuma pergi laman Facebook Goodday Milk Malaysia dan klik link yang diberikan untuk akses fungsi webAR.

Bukan itu saja, make sure anda ikuti update terkini mereka di laman Facebook Goodday Milk Malaysia untuk peluang memenangi hadiah wang tunai minggu depan!

Raya kali ini, anda berpeluang menang hadiah wang tunai RM500 (setiap pemenang) kalau anda ambil gambar dengan karakter AR sama ada Andi Bernadee, Elfira Loy atau Mark Adam tau! Caranya…

  1. Lancarkan webAR Selamat Seleb-raya oleh Susu Goodday dan ambil gambar paling kreatif bersama karakter AR.
  2. Upload gambar atau video bersama karakter AR tadi di akaun Facebook atau Instagram anda berserta hashtag #GooddaySelamatSelebraya #GooddayARtist #SusuGoodday #GooddayMilk dan tag @gooddaymilkmy di Instagram Feed dan Goodday Milk Malaysia di Facebook Wall.

Susu Goodday akan umumkan 5 pemenang bertuah setiap minggu selama 4 minggu peraduan itu berlangsung dan di laman Facebook Goodday Milk Malaysia.

Peraduan bermula pada 25 Mei sehingga 21 Jun 2020. Jadi, tunggu apa lagi? Dah ready nak beraya bersama Andi, Elfira dan Mark? Klik SINI untuk mengakses laman webAR.

*Tertakluk kepada terma dan syarat
*Tidak sesuai untuk desktop
*Pastikan anda gunakan smartphone untuk akses laman webAR okay!

Items:andi bernadee, artis popular, augmented reality (AR), elfira loy, goodday, mark adam, no-ads, noads, selamat seleb-raya, selebriti malaysia, selebriti maya, sponsored:goodday:230520

Recommended for you

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts