Lebih 150 Das Tembakan Dilepaskan, Pegawai Polis Yang Menahan Anak El Chapo Mati Dibunuh

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 09 Nov 2019 07:02:59

Seorang pegawai polis yang dipercayai terlibat di dalam misi menahan anak Joaquin “El Chapo” Guzman telah dibunuh di Sinaloa.

CCTV dari tempat kejadian menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjata keluar dari kereta dan menembak kenderaan sebelah di pusat membeli-belah di Culiacan – 150 tembakan dilepaskan.

IMG_0368

Pegawai itu adalah sebahagian daripada kumpulan elit polis negeri yang ditugaskan dengan misi membanteras dadah.

A cartel hit caught on camera in Culiacán, Sinaloa.

The gunmen catch their target by surprise. It's over in seconds.

The victim is reportedly an elite police officer who was involved in the botched capture of El Chapo's son. pic.twitter.com/jDjfgohxef

— Keegan Hamilton (@keegan_hamilton) November 7, 2019

Dalam satu kenyataan, kerajaan Mexico menyatakan kekesalan di atas kematian, Eduardo, anggota polis tersebut pada Rabu lalu di ibukota Sinaloa.

Laporan dari media tempatan menyatakan bahawa dia ada salah seorang pegawai yang terlibat di dalam misi menangkap Ovidio Guzman Lopez, anak El Chapo, yang kini dikehendaki di Amerika Syarikat.

EIy81cNXsAgeeGW

Daily Mirror

Guzman Lopez ditangkap oleh 30 orang anggota Pasukan Pengawal Kebangsaan dalam serbuan di rumahnya bulan lepas.

Bagaimanapun, polis terpaksa melepaskan Ovidio selepas beberapa ahli kumpulan dadah Sinaloa telah menyerang beberapa kawasan bagi mendesak kerajaan melepaskan Ovidio.

Berikut adalah artikel lain mengenai dadah. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Wanita Ini Ditangkap ‘Kantoi’ Seludup Dadah Dalam Durian

Bahaya ‘Syabu’ Dan Kesannya Kepada Pengguna Dadah Jenis Ini

Anak Presiden Filipina Dikaitkan Dengan Penyeludupan Dadah Bernilai RM523 Juta

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts