Guti: “Saya Nak Lihat Gandingan Neymar-Ronaldo Di Real Madrid”

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 13 Feb 2018 17:04:07

Guti antara pemain yang paling konsisten ketika bersama Real Madrid satu ketika dahulu meskipun dipenuhi dengan pemain bintang besar. Beliau kini menjadi jurulatih pasukan remaja Real Madrid.

Bercakap kepada media menjelang pertemuan UCL di antara Real Madrid dan PSG, beliau menyatakan yang beliau mahu melihat Neymar ke Real Madrid dan bergandingan dengan Cristiano Ronaldo.

Neymar meninggalkan seteru utama Real Madrid, Barcelona untuk ke PSG dengan nilai €222 juta. Beliau juga sudah beberapa kali dikaitkan dengan Real Madrid.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez juga tidak pernah menolak kemungkinan akan cuba memujuk bintang Brazil itu ke Santiago Bernabeu.

Menurut Guti, jika Real Madrid serius dalam membentuk pasukan yang luar biasa, mereka harus mendapatkan Neymar segera untuk digandingkan dengan Ronaldo.

“Neymar adalah pemain yang berbeza. Beliau dalam senarai 3 terbaik dunia. Apa yang kita mahu saksikan adalah yang terbaik di dunia.”

.

Guti tidak suka untuk memikirkan Neymar sebagai pengganti Ronaldo tetapi lebih gemar dengan idea Neymar digandingkan dengan Ronaldo.

“Saya teringin untuk melihat Neymar dan Ronaldo dalam warna putih pada suatu hari nanti”

Sejak menyertai PSG, Neymar setakat ini sudah menjaringkan 28 gol daripada 27 penampilan. Beliau bergandingan dengan Mbappe dan Cavani musim ini.

Trio yang akan menjadi ancaman utama Real Madrid pada pertemuan UCL pusingan pertama peringkat 16 pasukan terakhir.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts