Malaysia teliti kaedah, ubat baharu rawat Covid-19

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 26 Mar 2020 13:03:44

KEMENTERIAN Kesihatan terbuka kepada kaedah baru merawat jangkitan Covid-19, termasuk ubat baharu dari Jepun, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Bercakap kepada pemberita selepas sidang akhbar harianya, ketua pengarah Kementerian Kesihatan berkata pegawai kementerian mengadakan telesidang setiap hari mengenai perkara itu.

“Kami sedang mencari kaedah rawatan baru, termasuk penggunaan plasma darah pesakit yang telah pulih oleh China.

“Dari Jepun, kami melihat Avigan ubat anti-virus, tetapi kami diberitahu terdapat kesan sampingan Kami masih belum mendaftarkannya untuk digunakan di Malaysia.”

Noor Hisham berkata kesan sampingan termasuklah cirit-birit dan ruam: “Kami mahu menentukan sama ada ia mempunyai kesan toksik pada buah pinggang atau sama ada terdapat komplikasi apabila digunakan dengan ubat lain.”

Beliau berkata ujian akan dilakukan oleh pihak kementerian sebelum diluluskan.

Bagi terapi darah yang diimunisasi, yang disuntik plasma darah daripada pesakit yang pulih daripada Covid-19 kepada pesakit, Noor Hisham berkata terdapat tanda keberkesanan di China.

“Kami akan menggunakan semula plasma darah, tetapi kita perlu belajar bagaimana untuk meningkatkan tahap antibodi sebelum berbincang untuk menggunakan bentuk rawatan ini,” katanya.

Pegawai kementerian juga bertemu dengan pegawai daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia hari ini, katanya.

“Mereka datang untuk melihat kesediaan kita dan nampaknya berpuas hati yang kita menggunakan pelbagai kaedah untuk membendung jangkitan.” – 26 Mac, 2020.

Berita penuh di sini

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts