Oppo Menyelaraskan Produknya Kepada 3 Siri Iaitu Reno, Find Dan A Untuk Tahun 2019

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 15 Sep 2019 18:00:31

Reading Time: 1 minute

OPPO telah mengumumkan untuk menyelaraskan produknya menjadi 3 model utama iaitu Reno, Find, dan A Series. Ia dilihat mampu meningkatkan lagi penjualan peranti syarikat berkenaan kerana setiap model mempunyai “target market” yang tersendiri dan juga sasaran yang berbeza disesuaikan dengan keperluan mereka.

Sepanjang dekad yang lalu, Siri OPPO A telah dipilih oleh pengguna sebagai telefon pintar utama mereka. Oleh kerana telefon pintar semakin pesat berkembang dan disesuaikan dengan gaya hidup tidak kira latar belakang pengguna, Siri OPPO A dilihat mampu mengintegrasikan teknologi mudah alih  ke dalam kehidupan pengguna.

OPPO A9 2020 menawarkan lebih kepuasan berbanding model sebelum ini, hadir dengan 48MP Quad Camera ditambah dengan lensa Sudut Lebar 8 MP, f/2.3, dan kapasiti memori 8GB RAM + 128 GB ROM, ia dilihat mampu memberi kepuasan kepada para pengguna daripada untuk melakukan aktiviti seharian.

OPPO A9 2020 juga hadir dengan kapasiti Bateri 5000 mAh yang mampu memberikan pengalaman baru kepada pengguna dalam melakukan aktiviti harian tanpa perlu risau akan jangka hayat bateri.

Oppo A9 2020 ini boleh disimpulkan sebagai peranti “all rounder” untuk semua pengguna pada harga yang mungkin akan mengejutkan semua orang. Sama-sama kita nantikan pelancaran dipasaran tempatan 18 September ini.

Oppo Menyelaraskan Produknya Kepada 3 Siri Iaitu Reno, Find Dan A Untuk Tahun 2019 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts