Pengantin baharu terharu disapa, bergambar dengan Agong dan permaisuri

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 15 Sep 2019 17:01:05

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah berkenan bergambar bersama pasangan pengantin baharu. — Foto ihsan Facebook/Portal Diraja Pahang
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah berkenan bergambar bersama pasangan pengantin baharu. — Foto ihsan Facebook/Portal Diraja Pahang

KUANTAN, 15 Sept — Pasangan pengantin baharu yang sedang mengambil gambar kahwin gembira apabila disapa Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah.

Muhammad Hazri Hussain, 20, berkata beliau terharu dihampiri Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sebuah rumah lama di Sungai Lembing di sini, lapor Sinar Harian.

“Baginda menghampiri kami dan bertanya khabar sebelum pelawa untuk kami bergambar bersama,” kata pekerja syarikat telekomunikasi.

“Saya dan isteri rasa sangat terharu kerana baginda sudi menyapa kami. Ini kali pertama kami lihat baginda secara berdepan kerana biasa tengok di televisyen atau media sosial.”

Menurut Hazri yang baru diijabkabul awal bulan lalu, baginda turut memberikannya sejumlah wang, dan ia akan digunakan bagi perbelanjaan rumah tangga.

Tuanku dan permaisuri ketika itu hadir ke lokasi berkenaan selepas mengadakan lawatan kerja di lokasi kebakaran di Pekan Sungai Lembing.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts