PM pertama ketuai alunan takbir raya, TSMY buat seluruh rakyat Malaysia terharu

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 23 May 2020 13:05:40

Gembira bercampur sebak, itulah rata-rata perasaan seluruh umat Islam yang menyambut hari raya puasa pada tahun ini, apabila ramai dalam kalangan tidak dapat berhari raya di kampung halaman masing-masing.

Lebih mengharukan, pada tahun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengetuai bacaan takbir yang turut dihadiri oleh menteri kabinet lain bersama pimpinan kerajaan dengan mengikut penjarakan sosial.

Antara yang kelihatan termasuk Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Mendengar alunan takbir penuh syahdu Tan Sri Muhyiddin Yassin, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak bercampur terharu kerana berbangga Perdana Menteri sendiri mengetuai takbir.

alt alt alt alt

Rakaman ini dibuat sebelum beliau dikuarantin selepas salah seorang daripada pegawai tinggi kerajaan disahkan positif COVID-19 dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu.

: Astro Awani

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts