RESIPI SOTONG MASAK KICAP RINGKAS, MUDAH UNTUK DISEDIAKAN IBU IBU YANG BEKERJA!

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 13 Feb 2018 17:03:05

Bahan Bahannya:

600g sotong – dibersihkan dan dipotong bulat 1 inci dan ditoskan airnya.
1 biji bawang besar – dimayang bulat
3 biji cili merah/hijau – dihiris kasar
2 keping asam gelugor
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam

Bahan tumbuk/hiris halus:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana

Cara-caranya:

  1. Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul rata hingga bawang besar layu dan sotong masak. (Masak sotong jangan terlalu lama, nanti dagingnya akan liat.)
  3. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

: resepicikguani.blogspot.com

Resipi Sotong Masak Kicap Yang Pedas Tapi Enak Lho

Walaupun tak padan dengan elergik , sotong tetap menjadi makanan kegemaran aku .Lagi dengan cuaca panas sekarang, memang hampir tak makan sotong langsung sebab elergik aku makin menjadi-jadi.Aku dah jadi macam ratu lilin tak leh kena panas ,cuma lilin mencair kalau panas , aku pulak tergaru-garu .

Sekali masak sotong mesti 1kg atau lebih hanya untuk makan sehari jer . Aku suka masak macam ni sebab anak-anak suka sangat . Memang bahagia tengok anak-anak makan dengan berselera nak-nak waktu diorang balik sekolah penat-penat . Masuk dalam kereta jer mesti tanya mama masak apa . Ni bulan puasa takderlah tanya gitu .

Rasa Mencukupi Dengan Rm1

Sebab tu anak-anak aku cukup duit belanja Rm1 satu sekolah . Kadang mak aku yang bising suh cucu-cucnya bawak duit belanja lebih,tapi diorang kata tak payah nanti balik tengahari makan banyak-banyak yang mama masak.Olololololo suwitnyaaa anak-anak aku nih.Diorang sentiasa hargai dan suka apa yang mamanya masak.

Sotong ni nak masak sekejap jer , yang jadi lama sebab aku suka buang kulit dia sekali.Mak aku pulak kata tak payah buang sebab itu ada vitamin.Tapi dah aku punya style siang sotong mesti togel nak buat camner ? **ehehehehe

Dalam banyak-banyak resipi sotong aku paling suka buat sotong masak kicap yang pedas sebab rasanya enak lho dan lagi satu dia dah siap-siap ada kuah . Kalau sotong tu kau buat goreng kunyit mesti nak kena ada sup atau kuah lain sebagai sampingan.Dapat kat anak aku hurmmm memang tak pandang dah lauk lain,cukup nasi ngan sotong masak kicap,memang bertambah makan nasi lagi jawabnya .

Dan kalau korang nak resipi sotong masak lain korang boleh cuba lagi satu resipi iaitu sotong masak pedas chinese style atau sambal sotong tradisi jawa turun menurun . Tips aku kalau nak sotong tu kekal fresh selepas beli dari pasar,jangan bersihkan tapi simpan terus dalam bekas berasingan.Bila nak masak baru keluarkan,jangan keluar masuk keluar masuk peti ais nak-nak sotong bersih.Nanti sotong dah tak kenyal dan kurang rasa sedap.

Resipi kat bawah yer…..selamat

Resipi Sotong Masak Kicap

Bahan-bahan
1/2 kg – sotong putih ( bersihkan , potong ikut saiz yang sesuai dan tos )
2 biji – bawang besar –> kisar
5 ulas – bawang putih –> kisar
10 batang – cili padi –> kisar
2 batang – cili merah –> kisar
2 batang serai – diketuk
2 keping – asam keping
Kicap Jalen Lemak Manis – secukupnya
garam dan gula – secukupnya

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk serai
2. Biarkan naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan asam keping dan kicap
4. Masukkan sotong dan biarkan mendidih dalam 5 minit
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya
6. Tutup api dan hidang dengan nasi panas —> memang perghhhhhh

Nota Tambahan 
-boleh tambah cili lagi jika suka pedas
-jangan terus tambah gula dan garam sebelum kicap sebab kicap tu dah masin dan manis,kalau kurang rasa baru tambah secukupnya

Selamat mencuba.

: saidila.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts