MKN Sabah hantar pulang 699 PATI Filipina

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 13 Feb 2018 18:00:37

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) Sabah meneruskan penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal, dan malam ini melibatkan 699 PATI warga Filipina melalui Pelabuhan Sandakan.

Pengarah MKN Sabah Rodzi Md Saad berkata warga Filipina tersebut terdiri daripada 569 lelaki dewasa, 105 perempuan dewasa dan 25 kanak-kanak ​​​​​dihantar ke Zamboanga, Filipina menggunakan sebuah kapal.

Beliau berkata penghantaran balik PATI terbabit yang berusia tujuh bulan hingga 65 tahun, merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kemasukan PATI di negeri berkenaan.

Sejak Januari lepas sehingga malam ini, 2,345 PATI di negeri ini sudah dihantar pulang ke negara asal mereka, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata jumlah PATI yang dihantar balik ke negara asal termasuk pulang secara sukarela sejak 1990 hingga malam ini, melibatkan 566,890 orang. – Bernama, 13 Februari, 2018.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts