[FOTO] Sekitar Majlis Persandingan Aktres Zarina Anjoulie Dan Pasangan Di Kampung, Meriah Betul!

by Oh! Semput


13
SHARES
165
VIEWS
Posted on 02 Aug 2020 05:05:00

Telah selamat bernikah dengan lelaki pilihan pada 17 Julai yang lalu, aktres penuh kontroversi Zarina Anjoulie baru sahaja mengadakan majlis resepsi kali ni diadakan di kampung halaman suaminya yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Zarina yang dilihat manis dan cantik memakai gaun merah jambu sedondon bersama suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas yang segak berbaju Melayu moden dan bertanjak.

Dia yang memuat naik gambar kenangan sepanjang majlis persandingan tersebut kelihatan ceria dikelilingi sahabat handai dan ahli keluarga terdekat yang menghadiri majlis tersebut.

Meninjau ruangan komen, peminat serta rakan artis tidak melepaskan peluang memuji serta mengucapkan tahniah buat Anju dan suami sempena hari bahagia mereka.

Tahniah diucapkan buat Zarina Anjoulie dan pasangan. Semoga berbahagia ke anak cucu hendaknya!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts