Sukan SEA: S'pura tambah lagi 4 pingat emas

by Oh! Semput


2
SHARES
22
VIEWS
Posted on 03 Dec 2019 18:00:19

FILIPINA: Singapura sudah menang lapan pingat emas kesemuanya, setelah menambah empat lagi hari ini (3 Dis) menerusi acara-acara pecut luncur atas air batu, catur, lawan pedang dan boling.

PECUT LUNCUR JARAK 500M

Atlit negara, Cheyenne Goh, menang pingat emas acara pecut luncur atas air batu bagi jarak 500 meter.

Goh menamatkan perlumbaan itu dengan catatan masa 46.421 saat.

EMAS PERTAMA BOLING

Dalam acara boling, Singapura menang pingat emas yang pertama dalam Sukan SEA kali ini selepas prestasi yang agak mengecewakan dalam kejohanan serantau itu tahun 2017.

New Hui Fen meraih pingat emas dalam acara perseorangan dengan membuat 1,772 jatuhan pin.

Ia juga merupakan pingat pertama Sukan SEA bagi New dalam acara perseorangan.

Rakan sepasukannya, Shayna Ng, membawa pulang pingat gangsa, sementara Indonesia menduduki tempat kedua.

Seorang lagi peserta Singapura yang juga juara bertahan, Cherie Tan menamatkan permainan di tempat ke-13.

LAWAN PEDANG BOLOT 3 PINGAT

Selain sebutir pingat emas, para peserta Singapura acara lawan pedang turut menyumbang pingat perak dan gangsa hari ini.

Dalam acara 'foil' perseorangan wanita, dua peserta Singapura bertarung di peringkat akhir.

Inilah kali pertama dua peserta Singapura bertarung di peringkat akhir acara lawan pedang.

Amita Berthier berjaya mempertahankan kejuaraannya setelah mengalahkan Maxine Wong, 15-10.

Peserta-peserta Filipina dan Vietnam berkongsi pingat gangsa.

Dalam acara sabre perseorangan lelaki pula peserta Singapura, Leu Yi Yang meraih pingat gangsa bersama peserta Thailand setelah kalah di peringkat separuh akhir.

Leu kalah 10-15 di tangan peserta tuan rumah, Filipina.

Pingat emas dimenangi peserta Vietnam.

CATUR PANTAS WANITA

Singapura juga menang emas dalam acara catur pantas wanita.

Gong Qianyun mengumpul 7.5 mata untuk menduduki tempat pertama dalam acara yang disertai 10 orang.

Kali terakhir acara catur diadakan di Sukan SEA adalah pada tahun 2013 di Myanmar.

SUKAN TEMBAK SUMBANG PERAK, GANGSA

Dalam sukan menembak, Team Singapore meraih dua pingat dalam acara 10 meter senapang angin bahagian wanita.

Ho Xiu Yi menang pingat perak dengan mengumpul 248.2 mata sementara Adele Tan menang pingat gangsa .

Pingat emas dirangkul peserta Indonesia.

Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle. Lungsuri toggle.sg/seagames2019 bagi butiran lanjut.

- CNA/MU/tq

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts