Sultan Johor zahir tahniah kepada Tengku Abdullah

by Oh! Semput


1
SHARES
16
VIEWS
Posted on 12 Jan 2019 17:02:23

12 Januari 2019 8:57 PM

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam.

Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan itu menerusi laman Facebook baginda, hari ini.

"Merafak ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang," titah Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook baginda itu.

Tengku Abdullah yang merupakan Pemangku Raja Pahang, diangkat sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah.

Pelantikan itu dibuat selepas dipersetujui oleh kerabat dan anggota Jumaah Pangkuan Diraja Negeri yang bersidang di Kuala Lumpur semalam.

Pengumuman berhubung pelantikan berkenaan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar hari ini.

Istiadat pemasyhuran akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Selasa ini manakala istiadat pertabalan akan diadakan dalam tempoh setahun. - Bernama

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts