by Oh! Semput
Sony meraikan ulang tahun ke-10 siri 1000X dengan pelancaran 1000X THE COLLEXION
, fon kepala premium yang menggabungkan reka bentuk mewah dan teknologi audio terkini.
Direka menggunakan logam sandblasted dan kulit tiruan halus, ia bukan sahaja tahan lama tetapi juga memberikan keselesaan sepanjang hari.
Hadir dalam warna Platinum dan Hitam, fon kepala ini menampilkan unit pemacu khas dengan kubah komposit karbon untuk bunyi lebih jelas dan mendalam.

Pembangunan fon kepala ini, Sony bekerjasama dengan jurutera GRAMMY® bagi menghasilkan audio seimbang berkualiti tinggi.
Antara ciri utama fon kepala baharu ini adalah ia menjadi fon kepala pertama dengan DSEE Ultimate
berasaskan AI serta sokongan 360 Reality Audio Upmix untuk muzik, filem dan permainan.
Dengan 12 mikrofon dan Adaptive NC Optimizer, ia menawarkan pembatalan hingar terbaik industri serta hayat bateri sehingga 24 jam.
Sudah tiba di Malaysia, Sony 1000X THE COLLEXION
ini dijual pada harga RM2,799.
Beli fon kepala terbaru Sony dari stor rasmi:
{suggest}
Sony 1000X THE COLLEXION Dilancarkan, Fon Kepala Premium Berharga RM2,799 WISER.MY.