Abby Abadi Kongsi Cara Didik Anak Perempuan Tutup Aurat

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 08 Apr 2021 09:30:07

Menerusi Instagram, pelakon Abby Abadi berkongsi beberapa cara bagaimana dia mendidik anak-anak perempuannya agar sentiasa mendekatkan diri dengan agama dan mementingkan penjagaan aurat.

Abby berkata sejak anak-anaknya masih bayi lagi sudah didedahkan dengan didikan agama sejak bayi supaya memiliki perasaan cinta dan sayang terhadap Allah.

BACA: Norman Hakim Dipuji Tak Lupa Nafkah Abby Abadi

“Didikan awal. Kenalkan anak perempuan kita dengan Allah sejak bayi lagi. Ada yang tanya pada saya macam mana didik anak-anak perempuan boleh bertudung/menutup aurat seawal usia.

“Serba sedikit yang saya boleh kongsikan, jika nak anak perempuan berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sebagai umat Islam perkenalkan Allah kepada anak kita seawal bayi lagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, turut menasihati ibu bapa agar mendedahkan anak-anak dengan cara pemakaian yang sopan agar ia menjadi kebiasaan.

“Bila tidurkan anak, dodoikanlah anak dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji Allah. Apabila selalu disebut dan didengarkan dengan nama-nama Allah, anak perempuan kita akan mengenali dan mencintai Allah.

“Pakaikan anak perempuan kita dengan pakaian yang sopan sejak kecil. Seawal anak kita kecil lagi, elakkan dari memakaikan baju yg keterlaluan.

“Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri utk berpakaian seksi,” katanya.

Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pelakon itu serta memuji didikan Abby buat kedua anak gadisnya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts