Abby Abadi Tampil Ulas Isu Suami Curang, Tegas Suami Dan ‘Penyondol’ Sama-Sama Salah – “Saya Dulu…”

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 06 May 2026 06:32:45

Pelakon Abby Abadi tampil bersuara mengenai situasi segelintir isteri yang dilihat lebih cenderung menyalahkan orang ketiga atau ‘penyondol’ apabila rumah tangga berdepan masalah kecurangan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu mempersoalkan tindakan isteri yang sering menjadikan orang ketiga sebagai sasaran utama apabila berlaku isu suami curang.

Advertisement

“Kenapa bila suami curang, isteri selalu salahkan penyondol? Serangan utama mesti penyondol. Suami tak salah ke? Kebanyakkan mesti tularkan muka penyondol dulu.”

Perkongsian itu kemudian menarik perhatian Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, yang berpendapat kedua-dua pihak sepatutnya dipersalahkan dalam isu tersebut.

Menurut Abby, berdasarkan pengalaman lalu, dia pada awalnya hanya menyalahkan suami kerana tidak mengetahui identiti wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

abby abadi

“Dua-dua salah dan patut dipersalahkan. Zaman saya dulu, saya salahkan suami saja sebab awalnya tak tahu siapa penyondol.”

“Akhirnya mereka bersama. Hidup aman bahagia, walaupun saya dan anak-anak ditinggal macam itu saja.”

Dalam masa sama, Abby turut berkongsi bahawa dia sudah memilih untuk memaafkan segala yang berlaku.

Bagaimanapun, pelakon itu menitipkan pesanan kepada para isteri agar tidak mengabaikan hak diri dan anak-anak sekiranya ditinggalkan suami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

d
2026-05-06 12:02:39

“Pergi Salah, Balik Salah” – Nadzmi Adhwa Kecewa Ardell Aryana Masih Dikecam Netizen

Abby Abadi Tampil Ulas Isu Suami Curang, Tegas Suami Dan ‘Penyondol’ Sama-Sama Salah – “Saya Dulu…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts