Acara Anugerah Primetime Emmy Awards Akan Disiarkan Secara Eksklusif Di Prime Video Bermula Tahun Hadapan

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 07 Oct 2026 10:30:29

Acara anugerah filem dan televisyen Emmy Awards, acara tahunan dimana anugerah diberikan kepada siri-siri televisyen yang paling popular ditonton adalah sebuah acara yang sehingga kini boleh dipertontonkan melalui rangkaian televisyen yang mahu memperlihatkannya, dan juga platform penstriman seperti Peacock yang dimiliki oleh NBC di Amerika Syarikat.

Terkini, ia dilaporkan bahawa hak penyiaran eksklusif acara anugerah tersebut telah dijual kepada Amazon, yang nampaknya akan memulakan penyiaran eksklusif pertama mereka pada tahun hadapan, bersempena dengan acara anugerah Primetime Emmy Awards yang ke-79 yang akan diadakan pada September 2027.

Tempoh siaran eksklusif ini juga akan kekal untuk enam tahun akan datang, dari 2027 sehinggalah ke 2032. Untuk mengelakkan kekeliruan, ini adalah acara yang berbeza daripada acara International Emmy Awards Gala yang akan berlangsung pada penghujung November ini.

Laporan-laporan tertentu juga menganggarkan kos kontrak penyiaran eksklusif ini bernilai antara $20-25 juta, akan tetapi buat masa ini ia tidak diketahui lagi sama ada acara-acara Emmy’s lain seperti Creative Arts Emmys juga hanya akan distrimkan pada platform Prime Video.

Menariknya, Prime Video akan menayangkan acara tersebut secara percuma pada platform tersebut, dan nampaknya penonton tidak perlu menjadi pelanggan Amazon Prime ataupun Prime Video untuk menontonnya. Ini sedikit sebanyak telah memecahkan monopoli antara stesen televisyen Amerika Syarikat seperti ABC, CBS, Fox dan NBC yang akan mengambil giliran untuk menayangkan acara tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 1995.

: Deadline

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts