by Oh! Semput
TINDAKAN penyanyi dan komposer terkenal tanahair Akim Ahmad memuatnaik sekeping gambar dan memuji seorang pengusaha ‘bundle’ di pekan Menggatal hampir-hampir bertukar menjadi perbalahan di kalangan pengikut laman facebooknya.
Punya baik hati kakak ni, dia bukakan saya satu guni pilih sendiri. Korang kaki menyelam, boleh usha bundle kakak ni kat Pekan Menggatal. -Tulis Akim Ahmad di laman facebook
“Artis.. So dy bukakan lah.. Klw org biasa mana mungkin..” Komen sinis yang dilontarkan oleh salah seorang peminat Akim ini ‘bersambut’ oleh pengikut yang lain.
Apapun yang ditulis oleh pengikutnya tidak akan mengubah dua perkara ini yang pertama Akim Ahmad beruntung kerana boleh memilih sendiri pakaian kesukaannya dan yang kedua tuan kedai yang baik hati itu mendapat publisiti besar termasuk dalam tulisan ini.
Ia adalah perkara biasa apabila ada orang lain yang tidak senang melihat kesenangan orang lain.
Di sebalik komen yang tidak memberangsangkan itu, dilihat lebih ramai yang memuji vokalis kumpulan Akim & The Majistret, pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL16).
Antara komen-komen positif termasuk oleh Sabahan:
Tidak Kurang juga di kalangan peminatnya yang menjemput ke kedai bundle mereka.
Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 25 pada 26 pada 5 Februari lalu sah menjadi suami kepada Stacy AF atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam.
Pasangan yang dilahirkan dari rancangan realiti TV Akademi Fantasia ini sedang menghitung hari menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Apapun tanpa sedar Akim sudah menjadi duta kecil kepada Sabah untuk memperkenalkan Sabah kepada orang luar terutama pengikut-pengikutnya. Di masa akan datang kongsikan juga tentang perpaduan yang anda lihat di Sabah.
Buat peminat mereka di luar sana doakanlah yang baik-baik kepada mereka berdua. – Suara Masyarakat Sabah