AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk Percuma, Pelanggan Kata "Kami Sudah Serik"

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 23 Sep 2022 19:00:26

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia baru-baru ini telah mengadakan promosi dengan menawarkan 5,000,000 tempat duduk percuma atau free seat.

Dalam masa 48 jam, syarikat berkata sebanyak 500,000 tempat duduk telah terjual. Ini telah memecah rekod jualan tertinggi sehari sejak pandemik COVID-19.

Free Seats

Namun, netizen tidak menunggu lama untuk berkongsi pengalaman masing-masing. Boleh dikatakan hampir kesemua mereka mempunyai kisah yang tidak jauh berbeza -- penerbangan yang ditunda-ditunda.

Melalui pemerhatian sejak dulu lagi, AirAsia ini memang cukup sinonim dengan penjadualan semula penerbangan (reschedule) atau sering dirujuk pengguna awam sebagai delay.

Justeru, netizen mencadangkan mereka yang berminat untuk batalkan saja niat mengambil penerbangan AirAsia kerana perkhidmatannya yang teruk walaupun tiketnya dijual pada harga murah.

Rungutan netizen ini mungkin hanya segelintir daripada kesemua pengguna yang menjadi mangsa reschedule.

Seorang pengguna juga berkongsi bahawa rakannya pernah menempah tiket AirAsia untuk pulang ke kampung kerana ibunya sedang sakit.

Namun, disebabkan berkali-kali ditunda, ibu rakannya akhirnya meninggal dunia dan rakannya memilih untuk memandu saja pulang ke kampung. Sewaktu memandu, dia terima lagi SMS memberitahu bahawa penerbangannya ditunda.

Bukan itu saja, pengguna juga mendakwa harga yang dikatakan promosi sekarang sebenarnya sama saja dengan harga di luar promosi sebelum ini.

Ramai juga pelanggan turut mengadu duit mereka masih belum dipulangkan atas penerbangan yang tidak dijalankan terutamanya sewaktu pandemik dulu.

AirAsia mengatakan wang pelanggan itu ditukar ke baucar, Tetapi, kini mereka tidak boleh pula untuk gunakan baucar atas pelbagai syarat dan terma. Sedangkan, baucar itu sebenarnya wang mereka.

Semua perkongsian ini selari dengan laporan daripada MAVCOM baru-baru ini yang mendapati 42% peratus aduan datang daripada AirAsia.

Promosi tiket percuma ini akan tamat dalam 2 hari lagi dan AirAsia berkata mereka sudah menerima berjuta-juta tempahan melalui aplikasi airasia Super App dan laman web.

Apakah ini satu petanda besar yang pelanggan sudah sangat serik? Mampukah syarikat penerbangan ini menjana pelanggan baharu dengan reputasi sebegini?

Januari lalu, AirAsia Group (kini Capital A) disenaraikan dalam PN17 oleh Bursa Saham Malaysia yang menunjukkan syarikat itu sedang mengalami isu kewangan.

: airasia, airasia

{suggest}

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts