Aircond keluar bunyi pelik, rupanya ada 5 ekor ular di dalamnya

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Jul 2019 21:01:31




Kerisauan seorang lelaki ini terhadap bunyi pelik pada pendingin hawanya akhirnya terjawab apabila dia mendapati ada ular di dalamnya. 

Terdahulu, lelaki dari Thailand itu berasa hairan dengan bunyi pelik yang datang dari pendingin hawanya lalu mengambil keputusan untuk memeriksanya. 

Sebaik saja dibuka, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati ada beberapa ekor ular menghuni di dalam mesin tersebut. 

Lelaki itu berjaya menangkap lima ekor ular tersebut dan mengeluarkannya dari mesin pendingin hawa. 

Menurut lelaki itu, dia sendiri hairan bagaimana ular-ular itu dapat masuk ke dalam alat elektronik tersebut.

Tambahnya, dia tidak mengetahui jenis-jenis ular itu namun menurut laporan media, ular-ular itu tidak berbahaya dan tidak berbisa serta kerap masuk ke rumah untuk memburu cicak. 

: World of Buzz

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...