'Bayi ajaib' tak takut laut

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 26 Dec 2016 10:00:18

A Suppiah (kiri) bersama anaknya, S Tulaashi. – Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

GEORGETOWN: Tragedi tsunami yang genap 12 tahun hari ini, tidak menjadikan ‘bayi ajaib’ yang terselamat dalam insiden itu walaupun dihanyutkan ombak, fobia kepada laut.

Malah, S Tulaashi, 12, menjadikan laut sebagai kawasan permainannya pada waktu lapang, sambil membantu ibu bapanya berniaga di sebuah kafe di Batu Feringgi, di sini.

“Saya tidak takut laut. Saya suka laut dan kalau ada kelapangan saya akan berenang atau bermain pasir di pesisiran pantai.

“Ibu dan ayah juga tidak pernah melarang saya bermain di pantai. Bagi saya, laut seperti rumah kedua saya,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Terdahulu, Tulaashi dan ahli keluarganya menjalankan upacara keagamaan bagi menyatakan kesyukuran kerana terselamat dalam tragedi tsunami yang membadai 13 negara, termasuk Malaysia.

Tulaashi yang berusia 22 hari ketika kejadian, terselamat selepas dihanyutkan ombak tsunami yang mengorbankan lebih 100,000 mangsa di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Sri Lanka.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts