8 Akaun Instagram Interior Designer Yang Wajib Kamu Jenguk!

by Oh! Semput


10
SHARES
128
VIEWS
Posted on 05 Oct 2016 06:00:23

Selain mengikuti perkembangan selebriti kesayangan, instafamous kecantikan atau fesyen yang menarik kamu juga pasti akan tertarik dengan idea dekorasi rumah yang bakal membuahkan ilham baru buat ruangan kamar dan ruang tamu kamu!

EH! senaraikan 8 akaun instagram pereka dalaman rumah yang wajib dijenguk lagi-lagi buat anda yang sedang mencari inspirai baru dan gemar mengubah suai perabut kediaman!

[email protected]

Apa yang menariknya tentang  rekaan dalam rumah wanita berusia 25 tahun ini ini adalah dari susun atur  pokok tanaman dalam rumahnya juga dinding utama yang dihiaskan dengan kertas dinding dalam corak tumbuhan.

[email protected]_stables

Keseluruhan gambar yang dimuat naik tampak teduh dan amat selesa. Dia seorang pereka dalaman rumah dan juga penata gaya bunga seringkali menyusun semula perabut dan hiasan dalaman rumah agar tampak baru setiap masa.

[email protected]

Istimewanya rekaan interior rumah wanita yang berasal dari Sweden ini adalah ia tampil lebih eksotik dengan pengunaan ranting kayu juga  minat beliau terhadap kopi! Seni reka dalam rumahnya didominasi dengan warna hitam putih bersama penataan daun liar dan buku sebagai pelengkap meja kopi .

[email protected]

Reka dalaman rumahnya menampilkan sedikit ciri-ciri rustic dengan penataan yang cukup ringkas dengan hiasan meja kayu lapuk  juga dinding utama bata merah yang menjadi fokus utama kediaman.

[email protected]

Dinding putih, lantai kayu dan hiasan perabut kayu menjadi kegemaran  wanita ini. Pengunaan perabut dalam rona beige, kelabu dan putih menjadikan gambar-gambar yang dimuat naik tampak luas dan selesa.

[email protected]_home

Penataan bingkai emas juga patung kepala  greek  dalam hiasan rekaan dalaman pemilik akaun yang berasal dari Norway ini tidak ketingalan dalam menterjemah jiwa tradisinya dengan memainkan penataan reka dalam dengan hiasan-hiasan eksotik.

[email protected]

Asal lihat sahaja gambar yang dimuat naik dari wanita berumur 25 tahun ini pasti  anda merasa lapang dan tenang. Hiasan dalaman rumahnya menampakan ciri-ciri faminin dengan penataan bingkai gambar bunga dan hiasan bantal kusyen dalam warna lembut.

[email protected]

Susun atur dan padanan perabut di dalam ruman beliau menterjemah ciri-ciri kotemporari! Pencahayaan yang terang  juga pengunaan cat dinding putih menjadikan ruang tamunya tampak berseri dan luas. Pengunaan perabut yang berasakan kayu  dan besi  mencetus kombinasi yang cukup mesra.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts