by Oh! Semput
Pembukaan akaun bank untuk anak sebenarnya tidak perlu tunggu sehingga anak tamat persekolahan atau menerima tawaran ke universiti. Tetapi anda boleh mulakannya sejak kecil terutama selepas dilahirkan dalam beberapa bulan!
Hal ini kerana, akaun bank untuk anak dapat menjadi pelaburan dan aset terbaik untuk mereka pada masa depan. Selain itu, ia juga dapat digunakan pada masa kecemasan, kegunaan untuk membeli rumah pertama, sambung belajar atau membuat majlis perkahwinan mereka nanti.
Berikut beberapa jenis pelaburan atau simpanan untuk anak-anak yang sangat berbaloi untuk masa depannya kelak:

Tabung Haji adalah satu bentuk simpanan yang sangat berbaloi. Malah nilai dividen dan bonus juga tinggi setiap tahun!
Untuk permulaan, ibu bapa boleh membuka Tabung Haji dengan bayaran RM 2 saja. Tapi kalau nak simpan secara terus lebih bagus! Antara dokumen yang diperlukan seperti:
Selepas membuka akaun kanak-kanak, anda juga boleh terus mendaftar haji untuk si kecil kerana menunggu giliran amatlah penting. Tabung Haji menjadi pilihan utama kerana terdapat subsidi yang diberikan serta khidmat pengurusan yang dipercayai.
Untuk mendaftar Haji, pendeposit perlu cukupkan wang simpanan sebanyak RM1300 dalam akaun Tabung Haji. Pada 2017, TH mengisytiharkan pembayaran hibah 4.50% dan bonus 1.75% kepada pendeposit.
Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah antara simpanan untuk anak yang sangat popular. Ia juga pelaburan jangka panjang yang sangat sesuai dan berisiko rendah serta kadar keuntungan yang tinggi dengan nilai kompetitif pasaran.
Sejak tahun 2000, Permodalan Nasional Berhad, PNB telah memperkenalkan skim amanah saham bagi membolehkan pelaburan dibuat bagi bayi berumur enam bulan ke atas iaitu dalam Akaun Remaja.
Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar:
Kadar dividen 2018 untuk pemegang unit telah dibayar sebanyak 6.50 seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

Ramai anak muda kini terbeban dek kerana hutang pendidikan walaupun belum dapat kerja. Oleh itu, jika kita mensasarkan supaya anak tidak terbeban dengan hutang PTPTN setelah tamat belajar kelak, maka akaun SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) ini boleh dibuka seawal umur satu tahun.
Malah pihak PTPTN juga mewajibkan peminjam mempunyai akaun SSPN. PTPTN juga mengumumkan dividen sebanyak 4% untuk simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus bagi tahun 2019.
Dalam pada itu, ibu bapa juga disarankan untuk membuka Akaun Simpanan Junior di mana-mana bank pilihan anda.

Kredit: Freepik

Kredit: Freepik
Seronoknya bila dapat membina kewangan anak sejak mereka kecil sekaligus membantu anak menabung dan menyimpan duit kerana kita tidak tahu keadaan ekonomi di masa hadapan jadi sebaiknya lakukan pelaburan ini sedari awal.
Secara tidak langsung, anak-anak juga seronok bila tahu wang mereka banyak di dalam bank dan gunalah ia secara bermanfaat apabila tiba masa yang sesuai.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa follow Facebook Page kami theAsianparent Malaysia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
: Majalah Labur, Compare Hero
Baca juga: Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Duit Anak Tak Boleh Guna Sewenangnya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!