save 2.0

Akaun Snapchat Donald Trump Akan Diharamkan Selepas 20 Januari

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Jan 2021 11:30:53



Seperti jatuh ditimpa tangga kemudian ditimpa baldi cat yang di atas tangga tadi. Inilah yang berlaku kepada Presiden Trump sekarang di minggu-minggu terakhir pentadbiran beliau. Menurut laporan Axios, Snapchat mengesahkan pada 20 Januari ini, apabila Biden mengangkat sumpah akaun Donald Trump akan diharamkan daripada platform.

Langkah ini diambil kerana Trump berkali-kali melanggar terma dan syarat laman semasa beliau masih lagi presiden. Snapchat tidak memadam akaun beliau pada waktu tersebut kerana status beliau sebagai pemimpin Amerika Syarikat.

Sebelum ini akaun beliau digantung selama-lamanya selepas memuat naik video yang menggalakkan penyokong untuk menyerang bangunan Capitol kerana cuba mengesahkan kemenangan Biden. Lima individu meninggal dunia ketika insiden tersebut termasuk seorang polis yang dipukul dengan pemadam api.

Setakat ini Twitter telah menggantung akaun beliau selama-lamanya, Facebook menggantung selama seminggu, dan YouTube pula sekurang-kurangnya dua minggu kerana kegusaran platform media sosial digunakan beliau untuk mengganggu upacara angkat sumpah Joe Biden kelak.

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News