Akbar Sahari Nafi Berbaik Dengan Bekas Isteri!

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 11 Jul 2017 05:00:05

KUALA LUMPUR – Pengulas sukan Astro Arena, Akbar Sahari menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah laman blog hiburan yang menyatakan bahawa beliau berbaik semula dengan bekas isterinya, Rita Rudaini.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkannya hari ini, Akbar menafikan dakwaan yang dibuat blog tersebut dan menjelaskan ia berunsur fitnah.

” Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun tajuk artikel yang dimuat naik pada 9 Julai itu sangat mengelirukan dan jelas berunsur fitnah.

“Penulis juga tidak mendapatkan sebarang kenyataan daripada saya terlebih dahulu di samping menggunakan gambar-gambar yang diambil dari sumber yang tidak sah termasuklah memuat naik foto adik kembar saya bersama isteri”, ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Beliau beranggapan tindakan tidak bertanggungjawab penulis tersebut adalah untuk menjatuhkan maruah serta  reputasinya selain artikel tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap diri dan keluarganya.

“Saya sifatkan tindakan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk menjatuhkan maruah dan reputasi saya di mata masyarakat. Artikel ini turut memberikan kesan yang mendalam dan menyebabkan tekanan emosi kepada diri dan keluarga”, tambahnya lagi.

Pengulas sukan tersebut telah membuat laporan polis dan mendesak agar laman blog tersebut menarik semula artikel  itu dalam masa 48 jam.

Sekiranya gagal berbuat demikian, beliau terpaksa mengambil tindakan saman malu ke atas laman blog berkenaan atas dasar pengajaran terhadap sikap tidak bertanggungjawab tersebut.

“Sekiranya gagal berbuat demikian, saya terpaksa mengambil tindakan saman malu terhadap pemilik blog/laman FB berkenaan bagi memberi pengajaran terhadap perbuatannya yang tidak bertanggungjawab ini.” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts