Akhirnya DAP Akur Arahan RoS Buat Pemilihan Semula

by Oh! Semput


1
SHARES
17
VIEWS
Posted on 21 Jul 2017 06:01:06

PUTRAJAYA – Setelah beberapa kali berdolak-dalik, DAP akhirnya akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk buat semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Malah Naib Pengerusi DAP yang belum disahkan jawatan, Teresa Kok berkata, pihaknya bersedia melaksanakan pemilihan CEC di bawah protes menerusi kongres khas dengan berdasarkan senarai perwakilan pada tahun 2012.

Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Seputeh itu, terpulang kepada pihak ROS bagi menentukan tempoh sesuai terhadap DAP untuk melaksanakan kembali pemilihan jawatan CEC tersebut.

“Namun kami (DAP) sebelum itu juga perlu terlebih dahulu menunggu jawapan pengesahan daripada ROS berhubung senarai nama 2,576 perwakilan yang disahkan.

“DAP justeru menuntut agar diadakan satu pertemuan bersama-sama dengan Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah sendiri.

“Ini bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai isu-isu pemilihan semula CEC,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat ROS di sini pada Jumaat.

Terdahulu, Teresa dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke hadir ke Ibu Pejabat ROS bagi menyerahkan surat jawapan ekoran notis dikeluarkan jabatan itu berhubung arahan mengadakan semula pemilihan parti.

Mereka hadir ekoran kemelut melanda DAP setelah ROS mengarahkan parti pembangkang itu mengadakan pemilihan semula CEC bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota jawatankuasa yang sah dan diiktiraf.

Semalam, Mohammad Razin menegaskan bahawa pihaknya langsung tidak akan berganjak daripada keputusan untuk mengarahkan DAP agar mengadakan pemilihan semula.

Bahkan menurut beliau, sekiranya DAP masih gagal berbuat demikian, CEC parti itu tidak akan diiktiraf dan kesannya, jawatankuasa tersebut tidak boleh berfungsi secara sah.

DAP menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya yang masih belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng terus berdegil tidak sesekali mematuhi keputusan ROS dengan alasan konon arahan dikeluarkan berdasarkan berita palsu.

Baru-baru ini, ROS telah mengeluarkan arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula secara telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama parti mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts