by Oh! Semput

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil ditahan polis Johor di Shah Alam, Selangor semalam
Menurut ahli jawatankuasa Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Mohd Ismath, Sabrina ditahan di restorannya pada kira-kira jam 7 malam.
Khalid berkata sebab penahanannya adalah tidak jelas, tetapi Sabrina baru-baru ini mengkritik “VVIP” berhubung kemusnahan alam sekitar di Johor.
“Sabrina yang sangat dikenali umum sebagai antara individu yang banyak memperjuangkan nasib orang asal dan juga penjagaan alam sekitar hanya melontarkan sedikit teguran di dalam laman Facebooknya berkenaan penggondolan hutan yang berlaku secara serius di Johor yang dikatakan melibatkan VVIP.
“Adakah teguran ini salah dan berbahaya kepada negara?” kata Khalid dalam satu kenyataan.
Khalid berkata, polis Johor telah menghantar dua kenderaan untuk menahan Sabrina.
Mereka membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk mengambil kenyataannya dan kemudian mengeledah rumahnya, kata Khalid ketika dihubungi Malaysiakini
Katanya, tangkapan itu hanya akan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar di Johor.
[Baca berita penuh]
Category: Semasa