Aktivis siswa mula proses saman UKM

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 18 Dec 2016 14:01:05

Seorang aktivis siswa memulakan proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana mengenakan menggantung pengajiannya.

Asheeq Ali Sethi Alivi berkata keputusan UKM menggantung pengajiannya atas alasan terlibat dalam himpunan #TangkapMO1 adalah bercanggah dengan perlembagaan.

Kenyataan itu merujuk kepada Artikel 10 Perlembagaan Malaysia yang memberi jaminan kepada kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman.

“Panel perbicaraan juga gagal untuk membuktikan bahawa terdapat kes yang kukuh untuk diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Melalui laporan Malaysiakini pada 15 November lalu, Asheeq Ali memberitahu dia digantung pengajian selama satu semester oleh lembaga disiplin UKM kerana terlibat dalam himpunan pada 27 Ogos.

Bagaimanapun penuntut tahun ketiga jurusan undang-undang itu mendakwa dia tidak pernah di mahkamah berhubung sebarang kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada 15 Disember Universiti Malaya juga mengambil tindakan ke atas empat siswa mereka kerana terlibat dalam himpunan sama.

Tiga daripada mereka digantung pengajian satu semester, diberi amaran dan didenda RM400, manakala seorang lagi hanya didenda mengikut jumlah sama.

Mereka ialah Anis Syafiqah Mohd Yusof, Mohd Luqman Hakim Fazli dan Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, serta Suhail Wan Azhar.

Asheeq Ali berkata tindakan undang-undang ke atas UKM juga dibuat kerana universiti terbabit mengambil masa agak lama – iaitu lebih sebulan – untuk membuat keputusan terhadap rayuannya

“Saya tidak tahu mengapa UKM mengambil masa yang tidak munasabah dalam perkara ini,” katanya.

Menurut Asheeq Ali, saman pemula yang sudah difailkan peguamnya turut menamakan Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan Malaysia sebagai defendan selain UKM.

“Saya masih menunggu tarikh perbicaraan untuk ditetapkan mahkamah,” katanya.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts