“Aktor Lelaki Bermaksiat Siap Ada Video Pun Dimaafkan” – Haneesya Hanee Bersuara Mengenai Isu ‘Double Standard’ Dalam Industri Hiburan

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 18 Sep 2026 06:31:17

Isu dakwaan double standard dalam industri hiburan kembali menjadi bualan selepas seorang pengguna Threads membangkitkan nasib pelakon dan model, Haneesya Hanee.

Individu berkenaan mendakwa Haneesya seolah-olah masih menerima kesan daripada kontroversi kelab malam pada 2018, sedangkan sesetengah artis lelaki yang terpalit isu moral dikatakan lebih mudah diberi peluang kedua.

Advertisement

Haneesya Hanee

Menurut hantaran tersebut, Haneesya dianggap mempunyai bakat lakonan yang baik namun didakwa masih sukar mendapat tempat dalam industri.

Tampil memberi respons, Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 26, mengakui dirinya masih berdepan kesukaran mendapatkan tawaran berlakon sehingga hari ini.

Malah, pelakon itu berkata dia sendiri sering tertanya-tanya sama ada perkara tersebut berpunca daripada kesilapan lalu atau kerana bakat lakonannya masih belum mencukupi.

haneesya hanee

Haneesya berkata dia sudah cuba memperbaiki diri dengan menghadiri kelas lakonan serta menerima pelbagai watak yang diberikan kepadanya demi membuktikan kemampuan.

Dalam masa sama, dia mengakui pernah menyalahkan dirinya sendiri apabila tawaran semakin berkurangan sehingga merasakan seolah-olah kewujudannya tidak lagi dipandang dalam industri.

Bagaimanapun, Haneesya menegaskan luahannya bukan bertujuan meraih simpati atau mengambil kesempatan daripada isu yang sedang hangat.

Sebaliknya, dia bersyukur apabila ada pihak yang mula melihat serta menghargai usaha dan perjuangannya untuk terus bertahan dalam industri seni.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

najwa
2026-09-18 11:09:02

Kena 'Body Shaming' Badan Macam Tong Drum, Najwa Latif Tak Ambil Hati - "Saya Hormat Kebebasan Bersuara"

“Aktor Lelaki Bermaksiat Siap Ada Video Pun Dimaafkan” – Haneesya Hanee Bersuara Mengenai Isu ‘Double Standard’ Dalam Industri Hiburan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts