"Alhamdulillah, Saya Bahagia Apabila... " Ini Ucapan Qi Razali Untuk Bekas Kekasih, Nelydia Senrose

by Oh! Semput


HOME Posted on 27 Mar 2019 00:00:07



Kamaruddin Razal
Hiburan

Pelakon dan pengacara Qi Razali berharap agar bekas kekasihnya, aktres Nelydia Senrose bahagia hingga ke akhir hayat.

Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 25, bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali dengan nama Hafez tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, saya bahagia apabila dia berjumpa dengan seorang insan yang boleh membimbing dirinya dan telah dipertemukan dengan lelaki yang baik.

"Semoga awak berbahagia dan semoga semua yang diimpikan akan dijumpai dalam perkahwinan nanti.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, tahniah! Semoga berbahagia hinhga ke anak cucu," kata Qi.

Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali, 42, ditemui di sidang media pelancaran lagu Sumpah nyanyian Aina Abdul di The Majapahit, Mont Kiara sebentar tadi.

Qi yang merupakan anggota kumpulan OAG pernah menjalinkan hubungan dengan Nelydia bermula dari 2013 dan berakhir pada Ogos 2015.

Selepas itu, Nelydia kembali solo dan mula menjalin hubungan cinta dengan Hafez selepas berkenalan pada April 2018.

"Semoga semua persiapan perkahwinannya berjalan lancar dan dipermudahkan," kata Qi sambil menitipkan salam kepada seluruh ahli keluarga Nelydia.

Kini, Qi menjalin hubungan cinta dengan pengacara program hiburan hLive, Nia Atasha.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News