Aliran Trafik Masih Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 29 Jun 2017 20:01:13

KUALA LUMPUR – Aliran trafik masih bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama menuju ke ibu negara setakat pukul 10 malam ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata kenderaan di Perak bergerak perlahan dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai dan Simpang Pulai ke Gopeng.

“Aliran trafik di semua laluan Selatan dilaporkan masih terkawal dan lancar malam ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur perlahan dari arah Bentong ke Lentang dan Plaza Tol Gombak ke ibu negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Loading...

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts