“Allah Berikan Saya Kualiti Hidup Yang Lebih Baik” – Nurul Shuhada Sambung Pengajian, Kini Menetap Di Australia Bersama Anak-Anak

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 05 Sep 2024 06:31:07

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada berkata kehidupannya kini lebih baik meskipun berada di negara orang.

Ujar Shuhada, sebelum ini hidupnya diuji dengan pelbagai dugaan termasuklah kisah curang dan perceraian.

Advertisement

Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya. Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Allah gantikan kepada saya yang lebih.

Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini (Australia). Saya bukan hendak berlagak, tetapi saya hendak kalian semua percaya Allah tidak akan membebankan kita dengan perkara yang tidak mampu.

Tambah Shuhada, kehidupan yang lebih baik itu bukan bermakna dia sedang menjalinkan hubungan cinta bersama lelaki lain atau ingin menunjuk-nunjuk taraf kehidupannya kini.

Saya katakan Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik itu bukan bermaksud menggantikan lelaki yang lebih baik. Tidak, saya di sini tiada sesiapa dan tidak bercinta dengan mana-mana lelaki.

Terdahulu, Shuhada memaklumkan dia kini menetap di Melbourne bersama kedua-dua anaknya bagi tujuan menyambung pengajian di sebuah Universiti.

Katanya lagi, dia mungkin terus menetap di sana dan tidak merancang untuk kembali ke tanah air dalam masa terdekat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sajat kembali bersatu dengan anak anak
1 day ago

"Awak Ayah Yang Hebat.." - Sajat Disatukan Semula Dengan Anak Angkat Setelah 4 Tahun Terpisah

“Allah Berikan Saya Kualiti Hidup Yang Lebih Baik” – Nurul Shuhada Sambung Pengajian, Kini Menetap Di Australia Bersama Anak-Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts