“Demi Allah, mamu tak menumbuk, memijak, mencekik….” -Sharnaaz Ahmad

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 28 Jun 2022 01:00:46

Pelakon sensasi, Sharnaaz Ahmad yang baru-baru ini ditahan reman selama 3 hari bagi membantu siasatan  berikutan terpalit isu pergaduhan akhirnya tampil membuka mulut setelah seminggu dibebaskan.

Menerusi laman Instagram pelakon itu, dia memaklumkan secara ringkas apa yang berlaku namun tidak mahu bercerita panjang kerana masih menghormati prosedur mahkamah.

Namun, bagi memberi sedikit penjelesan kepada beberapa rumor yang kurang enak dan agak bercanggah dari kejadian sebenar, Sharnaaz memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak memukul, menumbuk, menendang atau mencekik seperti yang didakwa sebelum ini.

alt

Jelas aktor kelahiran Pulau Pinang itu lagi, dia sebenarnya secara kebetulan terlihat satu perselisihan faham antara pengawal keselamatan kawasan tempat tinggalnya dengan pengadu dan telah menghampiri mereka bagi mempertahankan pengawal keselamatan berkenaan.

“Pendekkan, tak payah cerita pasal minyak. So bila Mamu turun bawah, Mamu nampak tengah bergaduh. Mamu cuba pertahankan guard tu sebab Mamu tak boleh tengok orang ditindas. Tak kisah dia bangsa apa, agama apa, warganegara apa, kita tak boleh tindas orang macam tu.
So bila Mamu tahan berlakulah benda-benda yang tidak diingini. Tapi Mamu ingin tegaskan di sini, demi Allah Mamu tidak menumbuk, memijak, mencekik, menendang perut. Itu semua benda-benda karut. Jangan percaya. Mamu yakin tak buat.” katanya.

Tambah pelakon itu lagi, setakat ini kertas siasatan sudahpun dilengkapkan dan ketika ini dia masih lagi menunggu keputusan dari mahkamah.

Di akhir video berdurasi lebih dari tiga minit itu, Sharnaaz menitipkan sedikit pesanan kepada semua pihak supaya tidak terus menjatuhkan hukum ke atas mereka yang ditahan reman kerana belum terbukti mereka bersalah kerana prosedur tersebut adalah salah satu proses siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.

: Instagram Sharnaaz Ahmad

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts