Sam Altman Mengatakan Menjalankan AI Sendiri Pada Komputer Peribadi Ialah Sesuatu Yang Teruk

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 31 Oct 2026 07:00:50

Sejak setahun lalu harga RAM dan SSD melonjak mengakibatkan ramai menguburkan niat menaik taraf PC mereka sehinggalah harga kembali jatuh. Tetapi penantian ini akan kekal untuk tempoh lama kerana SK Hynix mengatakan kini ia hanya akan berlaku pada tahun 2030. Dalam podsiar Cheeky Pint yang diterbitkan semalam, CEO OpenAI Sam Altman mengatakan RAM yang digunakan pada komputer peribadi (PC) ialah sesuatu yang teruk.

Menurut pandangan Altman, dalam situasi bekalan RAM yang rendah adalah lebih baik memori pada PC yang digunakan untuk menjalankan model kecerdasan buatan (AI) pada mesin sendiri diberikan kepada pusat data. Alasan beliau adalah RAM pada PC ini hanya digunakan sekitar 5% berbanding penggunaan pemprosesan AI secara awanan di pusat data.

Kenyataan beliau ini menerima reaksi negatif kerana OpenAI adalah antara penyebab harga RAM dan memori menjadi mahal melampau. OpenAI menawarkan perkhidmatan AI awanan yang memerlukan langganan dan jelas wujud konflik kepentingan Altman tidak mahu orang ramai menjalankan AI pada PC yang dimiliki menggunakan model sumber terbuka.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts