by Oh! Semput
PAS menegaskan bahawa semua pimpinan dan ahli parti tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan atau ulasan berkaitan perkembangan semasa yang melibatkan parti dengan mana-mana pihak tanpa kebenaran khas daripada parti.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Setiausaha Agong PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan langkah itu bertujuan untuk memastikan setiap maklumat yang disalur kepada umum lebih tersusun dan tidak menimbulkan kekeliruan di mana-mana saluran media atau komunikasi.
Dalam masa sama, semua pihak dalam parti diminta untuk kekal tenang dan memberi ruang kepada kepimpinan tertinggi menguruskan isu berkenaan dengan lebih berhati-hati dan berhemah.

Di akhir kenyataan tersebut juga, PAS menegaskan bahawa mereka sangat menekankan kepentingan disiplin komunikasi dalam parti bagi memastikan setiap isu ditangani secara berpusat dan teratur.
: Facebook Takiyuddin Haji Hassan