by Oh! Semput
Amazon dan Google merupakan antara yang melabur awal pada syarikat kecerdasan buatan Anthropic sebelum ini, dan kini dengan Anthropic ingin melakukan penyenaraian awam, kedua-dua syarikat teknologi gergasi ini turut dijangka akan menerima pulangan besar.

Mengikut laporan Bloomberg, Amazon dan Google akan mempunyai pegangan berjumlah sekitar 28% pasca penyenaraian awam oleh Anthropic tidak lama lagi. Amazon dikatakan akan mempunyai pegangan hampir 15% pada Anthropic, sementara Google pula hampir 14%.
Anthropic dijangka akan didagangkan seawal minggu ini, dimana akan menyaksikan buat julung kalinya penerimaan pasaran terhadap syarikat memfokuskan kecerdasan buatan sepenuhnya. Anthropic dijangka dinilaikan sehingga mencapai $1.4 trilion.