Amazon Melengkapkan Pelaburan $50 Bilion Pada OpenAI – Mempunyai Pegangan Sekitar 5%

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 01 Aug 2026 10:33:51

Amazon kini dilaporkan telah melengkapkan pelaburan berjumlah $50 bilion pada OpenAI, sekaligus mendapatkan pegangan sebanyak 5% pada syarikat kecerdasan buatan popular berkenaan dengan produk ChatGPT.

Dengan langkah ini juga, kini Amazon ada pegangan pada OpenAI dan juga Anthropic. OpenAI kini mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif, sementara Anthropic pula digunakan secara meluas oleh pengaturcara dan juga perusahaan.

Pelaburan pada OpenAI bukan sahaja memberikan pegangan pada syarikat popular berkenaan, tetapi pada masa yang sama memastikan juga kerjasama jangka masa panjang untuk tujuan perkomputeran awan dan juga cip memfokuskan kecerdasan buatan.

Selain kedua-dua syarikat ini, Amazon sendiri mempunyai pasukan pembangunan kecerdasan buatan mereka, dan turut menawarkan produk mereka tersendiri dibawah Alexa.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts