AME2017: Rezeki Rambut Pendek Fasha Sandha

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 25 Apr 2017 12:00:46

Fasha Sandha
Cover image via @fashasandha

NAMA figura ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak lebih 10 tahun lalu, dia banyak menghiasi drama mahupun filem dengan lakonan yang cukup berkesan. Bahkan dia juga menjadi antara selebriti yang cukup menepati masa dan sering berada awal di set penggambaran. Biarpun dia pernah memperlahankan karier seketika demi memberi tumpuan kepada dua anaknya, namun peminat bagaikan tidak pernah melupakan nama Fasha Sandha di dalam industri seni.

Malah sejak kembali aktif di persada seni selepas melahirkan anak kedua, karier Fasha bertambah rancak.

Bukan sahaja tidak putus-putus menerima tawaran, Fasha juga berjaya membawa pulang trofi Bintang Filem MeleTOP pada malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2017 kelmarin.

Mengulas kemenangannya itu, Fasha berkata, dia melihat popularitinya kembali menjadi perhatian kerana drama Lara Aishah dan pengorbanannya memotong rambut pendek demi drama Badang dua bulan lalu.

“Alhamdulillah, memang tak jangka menang. Kalau ikutkan saya menang kerana filem Anak Mami Nasi Kandar dan filem komedi selalunya tidak memerlukan permainan karakter yang sukar.

“Bagaimanapun saya berterima kasih kepada kelab peminat saya, We Love Fasha Sandha FC yang tidak putus menyokong sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya kepada media.

Fasha berkata, kali terakhir dia memenangi anugerah adalah pada tahun 2011 dan kemenangan terbaru ini sebagai pencetus semangat untuk lebih maju ke hadapan dan menjadi lebih baik lagi.

“Apa yang penting kita kena ikhlas dengan kerja kita. Macam saya, saya tak nafikan penat bekerja dengan tawaran yang tak putus.

“Tapi ini sumber rezeki saya dan saya amat menghargai kerja ini. Jadi secara tak langsung peminat juga akan menghargai usaha kita.

“Insya Allah saya akan meraikan kemenangan ini dengan peminat saya kelak,” ujarnya.

Rezeki rambut pendek

Berkongsi perkembangan terkininya, Fasha berkata, filem terbaru lakonannya, Badang dijangka menemui penonton di pawagam pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Lebih membanggakan, dua drama lakonannya, Hanya Tuhan Yang Tahu dan Terima Kasih Ramadhan akan disiarkan di TV3 selain terlibat dengan sebuah drama muzikal, Hati Belum Berkubur.

“Alhamdulillah, saya kira ini rezeki saya selepas berambut pendek.

“Saya pada mulanya risau sebab tak pernah berambut pendek. Saya terkejut sebenarnya sebab bila shooting, saya minta untuk pakai rambut palsu untuk sesuaikan dengan watak dan sebagainya.

“Tapi pengarah tak izinkan. Ada yang kata bila babak throwback baru boleh pakai rambut palsu. Tapi babak biasa, mereka nak saya kekalkan dengan imej sekarang.

“Bagaimanapun apa yang boleh saya katakan, saya tidak akan kekal berambut pendek. Bahkan sedang membiasakan dengan penampilan baru ini,” akhirinya.

Baca lagi: Fasha Sandha Kongsi Ilmu kepada Saharul Ridzwan

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts