JOHOR BAHRU - Apa agaknya yang berlaku sekiranya kehidupan kita tiada pertolongan dan bantuan dari ibu bapa kita sendiri? Setiap anak-anak di dunia ini perlukan kasih sayang dan perhatian dari kedua-dua ibu bapa yang melahirkan dan membesarkannya.
Itulah yang diharapkan oleh seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun yang dikenali sebagai Ah Bi yang kini dibesarkan oleh nenek iaitu ibu kepada bapanya.
Ah Bi mempunyai 4 orang adik-beradik dan ibunya telah meninggalkannya ketika beliau berusia 3 bulan dan ayahnya pula dikatakan seorang penagih dadah yang dipercayai cuba menjualnya kepada orang asing demi mendapatkan bekalan dadah.
Ketiga-tiga adik-beradiknya yang berusia 5 sehingga 9 tahun dilaporkan telah dijual kepada orang yang tidak dikenali oleh ayahnya sendiri kerana ketagihan dadah yang melampau.
Menurut The Star, disebabkan itulah nenek Ah Bi, Man Tai Hoh berusaha menjaga Ah Bi sebaik mungkin semenjak kecil agar tidak dijual oleh ayah Ah Bi kepada orang lain. Ah Bi tinggal bersama neneknya yang semakin dimamah usia di sebuah rumah pangpsapuri di Larkin, Johor.
Meskipun dikatakan tidak berkemampuan, neneknya itu sentiasa berusaha mencari rezeki dengan mengutip kadbod dan tin kosong demi memelihara Ah Bi selain turut mendapat bantaun bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 setiap bulan.
Menurut nenek Ah Bi, dia amat menyayangi cucunya itu dan menjaganya dengan sepenuh hati umpama menatang minyak yang penuh serta memberikan Ah Bi persekolahan yang sempurna dan turut menghantarnya ke kelas tuisyen demi pelajaran AH Bi walaupun sering menghadapi kesukaran.
Menurut Hoh lagi, dia merasakan telah tiba masanya sekarang untuk Ah Bi memiliki keluarga yang baru memandangkan dia semakin berumur dan tidak lagi dapat menjaga cucunya itu kerana sering menghadapi masalah kesihatan yang tidak menentu.
Nenek Ah Bi menambah, seboleh-bolehnya dia menginginkan Ah Bi dijaga oleh keluarga yang baru secepat mungkin kerana bimbang dengan cucunya itu akan mengalami nasib yang sama seperti 3 adik-beradiknya yang telah dijual kepada orang lain sebelum ini.
Nenek Ah Bi turut memberitahu bahawa dia tidak ingin menghantar cucunya itu ke rumah anak yatim kerana khuatir Ah Bi diambil semula oleh ayahnya, malah nenek Ah Bi mengatakan dia menjaga cucunya itu seperti menjaga nyawanya sendiri dan dia bernafas kerana cucu kesayangannya itu.
Hoh turut bersetuju akan memberikan Ah Bi kepada keluarga angkatnya yang baru sekiranya mereka berjanji akan menjaga cucunya itu dengan baik serta mengikut prosidur dan undang-undang penjagaan anak angkat seperti yang telah ditetapkan. - The Star
Digital Nasional Berhad (DNB) mengesahkan U Mobile secara rasmi telah menamatkan penggunaan rangkaian 5G miliknya berkuat kuasa 30 Jun 2026, selaras dengan peralihan Malaysia kepada rangkaian berasingan di bawah model Dwi-Rangkaian 5G.Menurut DNB, pengun
Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) :Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan isu tular di media sosial berhubung p
Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menggesa pengundi Melayu supaya memilih calon Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tanpa terikat kepada kesetiaan terhadap mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Menerusi surat terb
KUANTAN: Johor tidak terlalu tinggi berbanding bulan, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dato Ustaz Rosli Abdul Jabar.Sehubungan itu, ujarnya PAS hendak memenangi kerusi di Johor bukan mustahil.Cita-cita terhadapnya adalah realistik, insya-Allah kita
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pemansuhan arahan kawalan penjualan diesel bagi kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa mulai hari ini, sekali gus mena
Empat daripada enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor yang disyaki terbabit dalam kes buli disingkirkan daripada institusi itu selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM bersidang dan membuat keputusan terhadap kes berkenaan.Pengerusi
Seorang individu mencuri perhatian selepas berkongsi pengalaman pertamanya makan di restoran milik penerbit dan pelakon, Sheila Rusly.Menerusi hantaran di Threads, individu itu mendakwa makanan di restoran berkenaan tidak menepati cita rasanya walaupun k
Sebuah kantin sekolah di Sungai Ramal diarahkan ditutup selama 14 hari selepas beberapa murid dilaporkan mengalami muntah, pening dan sakit perut. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF):Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa pelaksanaan BUDI MADANI (BUDI Diesel) akan bermula pada 1 Julai 2026, membolehkan pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak membeli diesel bersubsidi pad
Kejayaan anak sulung pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin memecahkan rekod acara 110 meter lari berpagar (hurdles) pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 sekali lagi menjadi perhatian ramai.Bagaimanapun, di sebalik ucapan tahniah yang diterima