Elon Musk Ancam Haramkan Produk Apple Di Tesla Dan Space X Selepas Ciri AI iOS 18 Diumum

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 11 Jun 2024 11:00:21

Selepas Apple mengumumkan versi iOS 18 di WWDC 2024 awal pagi tadi, Elon Musk telah mengeluarkan ancaman keras terhadap integrasi ChatGPT baharu Apple dengan iPhone untuk mengharamkan iPhone dan produk Apple yang lain di Tesla, Space X dan syarikat-syarikat lain miliknya.

Dalam hantarannya di X, Musk menyatakan “Jika Apple menyepadukan OpenAI pada OS, maka peranti Apple akan diharamkan di syarikat saya. Itu adalah pelanggaran keselamatan yang tidak boleh diterima.”

https://x.com/elonmusk/status/1800265431078551973

Ancaman beliau itu nampaknya sebagai tindak balas kepada pengumuman Apple Intelligence baharu Apple, yang termasuk integrasi dengan ChatGPT OpenAI.

Penyepaduan Apple dengan ChatGPT memerlukan kebenaran jelas daripada pengguna sebelum sebarang maklumat di ‘ping’ ke pelayan OpenAI.

Walau bagaimanapun, Apple menyatakan, “Perlindungan privasi terbina dalam untuk pengguna yang mengakses ChatGPT — alamat IP mereka dikaburkan, dan OpenAI tidak akan menyimpan permintaan. Dasar penggunaan data ChatGPT terpakai untuk pengguna yang memilih untuk menyambungkan akaun mereka.”

Apple mengatakan teras Apple Intelligence ialah pemprosesan pada peranti (on-device processing), dan sebarang permintaan yang dihantar ke awan melalui ciri Pengiraan Awan Persendirian baharunya, yang bermaksud data tidak disimpan.

Buat pengetahuan, ciri AI baharu ini belum lagi tersedia meskipun iOS 18 beta pembangun telah ditawarkan. Ia akan tiba lewat tahun ini pada iPhone, iPad dan Mac, dengan pengguna boleh mengaksesnya secara percuma tanpa perlu membuat akaun.

{suggest}

: reuters

Elon Musk Ancam Haramkan Produk Apple Di Tesla Dan Space X Selepas Ciri AI iOS 18 Diumum WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts