Andalusia lakar sejarah sekali lagi! Berjaya meterai MoU bersama Saudia Airlines

by Oh! Semput


7
SHARES
90
VIEWS
Posted on 18 Apr 2024 10:31:05

Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) lakar sejarah apabila berjaya memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Saudia Airlines bagi pembelian 70,000 tiket penerbangan dengan nilai kontrak hampir RM230 juta bagi tahun 2024-2025.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata MoU tersebut merupakan satu bentuk kerjasama yang akan memberi manfaat kepada para jemaah menunaikan umrah antara Julai tahun ini hingga Mei tahun depan.

MoU bersama Saudia Airlines

alt

Artikel lain: Andalusia Travel dan Bank Islam tawar pakej pembiayaan-pinjaman umrah dan haji

“Andalusia telah menjual lebih 11,300 pakej umrah bagi tahun 1446H dan melalui suntikan semangat hasil dari MOU ini.
“Pastinya akan menggerakkan seluruh jentera Andalusia dari 53 cawangan dan hampir 1500 pegawai pemasaran untuk terus berjuang membuka jalan kepada lebih ramai umat Islam untuk mengerjakan umrah,” ujarnya pada majlis pemeteraian MoU di antara Andalusia dan Saudi Airlines di sebuah hotel di sini, pada Khamis.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Ida Riswana mewakili Andalusia manakala Saudi Airlines pula diwakili Pengurus Kanan, Saudi Airlines Malaysia, Che Zakiah Ahmad.

Bukan itu sahaja, beliau turut meluahkan rasa syukur apabila Andalusia belum menerima sebarang pembatalan pakej daripada jemaah meskipun berlakunya ketegangan di Asia Barat.

alt

Jelasnya, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) Senator Dato Setia Dr Hi Mohd Naim Mokhtar, akan sentiasa memantau situasi terkini di Asia Barat dan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menjaga keselamatan jemaah umrah dan haji.

Dalam pada itu, pihaknya sentiasa komited dalam menambahbaik mutu kepada jemaah yang menggunakan mereka perkhidmatan syarikat mereka.

“Susulan itu kami akan memberi perkhidmatan terbaik kepada umrah Andalusia yang dianggarkan akan bertambah sehingga 80,000 orang setahun pada musim 1446 hijrah nanti,” katanya lagi.

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts